Komen Fed Buatkan Pelabur Menggila & Saham Bergelora

952

Presiden Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS), Jerome Powell mengesahkan bahawa bank pusat akan bertindak lebih agresif dalam membendung inflasi sekaligus membuatkan indeks-indeks saham jatuh.

Pasaran saham Wall Street pada mulanya didagangkan pada kawasan positif, hasil sokongan pendapatan korporat Tesla yang kukuh dan data pengangguran yang capai paras terendah 52 tahun, mulai bertukar merah menjelang tengah hari apabila Powell menyatakan kemungkinan mengenai kenaikan 50 mata asas dalam kadar faedah pada mesyuarat bulan Mei.

Selain itu, komen lanjut dari Powell yang menyatakan ‘pergerakan lebih pantas’ diperlukan, telah mengesahkan jangkaan pelabur mengenai bahawa bank pusat itu akan komited untuk memerangi inflasi.

Menurut Tim Ghriskey, ahli strategi portfolio kanan untuk Ingalls & Snyder New York, pasaran berasa lega kerana Fed akhirnya mengesahkan tindakan agresifnya, maka ini boleh mengelakkan sebarang kemungkinan jenis kemelesetan yang lebih mendalam.

Ekoran daripada itu, indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 1.05% pada 34,792.76, S&P 500 hilang 1.48% pada 4,393.66 dan Nasdaq Composite turun 2.07% pada 13,174.65.

Indeks MSCI ekuiti dunia yang menjejaki sejumlah 45 saham negara lain pula susut 1.12% dengan Nikkei 225 Jepun ditutup pada 27,553.06.

Sementara itu, penanda aras hasil perbendaharaan 10 tahun menurun 2.896% dari 2.981% sementara hasil 2 tahun, yang sensitif terhadap kadar faedah, jatuh 2.686% daripada 2.730% yang dicatat pada hari sebelumnya.

Ringkasan mata wang menyaksikan Indeks dolar berakhir pada 100.578 sementara Yen Jepun didagangkan pada 128.36 per dolar dan dolar Australia jatuh pada $0.7364.

Rumusan komoditi pula menyaksikan minyak mentah Brent naik 1.4% pada $108.33 setong dan minyak mentah AS tambah 1.6% pada $103.79 setong, manakala spot emas pula susut 0.33% pada $1,951.03.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat