Komen Fed Williams Mendorong Kepada Kestabilan US Dolar!

808

Matawang US dolar mula mengukuh dari paras terendah pada hari Jumaat bagi sesi Eropah berikutan didorong oleh ucapan Presiden Fed cawangan New York, John Williams yang mengatakan bahawa The Fed perlu ‘bertindak cepat’ di tengah kelembapan ekonomi dengan menurunkan kadar faedah.

Menurut William, lebih baik untuk mengambil pencegahan daripada menunggu sesuatu perkara tidak terduga berlaku.

Komen William mengembalikan harapan pasaran bahawa the Fed akan memotong kadar faedah sebanyak 50 mata berbanding 25 mata sebelum ini berdasarkan kiraan  FedWatch CME Group. Selain itu, presiden Fed cawangan St. Louis juga turut menyokoing tindakan mengurangkan kadar faedah namun pada potongan sebanyak 25 mata

Indeks US dolar kembali mengukuh berbanding matawang utama selepas merosot sebanyak 0.5% pada hari Khamis. Kini indeks matawang greenback didagangkan pada paras 96.697, naik 0.26%.

Prospek ini telah memberi lebih keyakinan kepada bank- bank pusat pasaran membangun untuk menurunkan kadar faedah tanpa perlu melemahkan nilai matawang mereka. Pada hari Khamis, beberapa negara seperti Indonesia, Afrika Selatan dan Korea Selatan telah menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata.

Komentar Williams juga telah memberi dorongan kepada pengukuhan matawang Euro dan Sterling. Matawang pound meningkat keparas $1.25 kembali selepas mencatat paras terendah 2 tahun lalu pada $1.24. Matawang Euro melonjak ke paras $1.1282 sebelum menyusut kepada $1.1263 berikutan data harga pengeluar Jerman yang meleset dari sasaran bagi bulan Jun.

Pada hari Khamis, Bloomberg melaporkan bahawa ECB telah mula untuk menilai semula sasaran inflasi menyebabkan pasaran semakin khuatir tentang polisi monetari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat