Komen Optimis Daripada Donald Trump Tidak Diendahkan Oleh Pasaran, Pasaran Masih Lagi Berisiko.

390

Sentimen pasaran Asia hari ini ditutup dengan kerugian, mengikut jejak langkah Wall Street selepas China mengumumkan kenaikan tarif ke atas $60 bilion barangan Amerika Syarikat mulai 1 Jun sebagai tindak balas terhadap keputusan Washington untuk menaikkan tarif terhadap $200 bilion barangan import China.

Menyentuh berkenaan data ekonomi pula, kadar inflasi Jerman telah disahkan pada 2% pada April 2019 daripada paras terendah 11 bulan sebanyak 1.3% sebelumnya. Ia merupakan kadar tertinggi sejak November memandangkan harga perkhidmatan, tenaga dan makanan meningkat pada kadar yang lebih pantas.

Sementara itu, Pound Sterling memulakan dagangan Eropah hari ini dengan kemerosotan. Laporan akhbar menyatakan parlimen British berkemungkinan mampu mencapai persetujuan dalam rundingan antara parti, namun keraguan terhadap kesepakatan tersebut terus menghalang dagangan GBP untuk mendapatkan kembali momentum kenaikannya semula.

Akhbar Guardian melaporkan dianggarkan sekitar 150 ahli parlimen dari pembangkang parti buruh bakal menolak perjanjian yang tidak mengandungi referendum.

Tambahan lagi, kelemahan Pound ditambah lagi lagi dengan kejatuhan jumlah pendapatan pekerja di UK yang hanya meningkat sebanyak 3.2% untuk tempoh tiga bulan hingga Mac 2019, perlahan daripada kenaikan 3.5% pada tempoh sebelumnya. Ia merupakan kenaikan paling perlahan suku tahun ketiga 2018.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat