Komen Pegawai Fed Ini Membenam Pengukuhan Logam Berharga!

51

Emas mula berundur dalam paras tertinggi dalam tempoh satu bulan meskipun permintaan bagi logam berharga melonjak disebabkan kebimbangan geopolitik yang berterusan di Eropah kerana komen agresif oleh pegawai Fed yang mengatakan bahawa Fed dijangka akan menaikkan kadar dalam jangka masa terdekat.

Gold futures bagi penghantaran Jun di bahagian Comex New York Merchantile Exchange menjunam sebanyak $5.75 atau sebanyak 0.45 peratus kepada $1,262.31 satu troy ounce.

Harga emas menurun pada permulaan sesi dagangan Eropah semalam berikutan kebimbangan mengenai ketidaktentuan geopolitik di Eropah menyusut, diikuti dengan laporan tinjauan yang dilakukan oleh ICM, menunjukkan bahawa Parti Konservatif yang mendahului sokongan sebanyak 45 peratus diikuti rapat sebanyak 33 peratus oleh Parti Buruh menjelang pilihan raya umum yang dijadualkan pada 8 Jun.

Di tempat lain di Eropah, kegagalan menteri-menteri kewangan untuk bersetuju dengan pelepasan hutang Greek oleh Tabung Kewangan Antarabangsa minggu lepas dan prospek pilihanraya awal Itali telah meningkatkan permintaan bagi komoditi emas.

Hal ini juga secara tidak langsung membantu dalam mengehadkan kerugian yang dialami oleh emas.

Bekas Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi mengatakan bahawa pilihanraya Itali seterusnya mungkin akan diadakan sama seperti pilhanraya Jerman pada 24 September.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai menurun sebanyak 0.11 peratus kepada 97.22 peratus.

Menurut Fed Rate Monitor Tools, pelabur kini meletakkan jangkaan sebanyak 80 peratus terhadap prospek kenaikan kadar faedah oleh Fed pada bulan Jun.

Laporan Industri Minyak Mentah Mingguan Amerika Syarikat Dijangka Positif!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat