Komen Peter Navarro Menyebabkan US dolar Melemah Berbanding Euro, Yen, Chf, Aud, Nzd

26

Matawang Euro mencapai paras tertinggi hari ini berbanding US dolar pada Selasa selepas penasihat perdagangan Presiden Donald Trump mengkritik Jerman yang mengeksploitasi matawang.

Eur/Usd naik 0.40% dari 1.0700 ke paras 1.0760 ketika ini. Eur/Gbp juga mencatatkan kenaikan 0.80%.

Penasihat perdagangan Trump, Peter Navarro mengatakan Jerman menggunakan ‘Euro yang terkurang nilai’ untuk mengeksploitasi US dan rakan dagang yang lain. Penilaian yang rendah kepada Euro memberikan Jerman kelebihan berbanding rakan dagangnya yang lain.

Komen Peter Navarro ini menunjukkan pentadbiran baru US ketika ini memberi perhatian kepada nilai matawang sebagai sebahagian daripada pendekatan hubungan perdagangan US.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan US dolar berbanding enam matawang utama dunia didagangkan rendah sejak berita ini tersebar dan telah jatuh semula di bawah paras 100.00.

US dolar ketika ini dilihat melemah berbanding matawang utama dunia yang lain kecuali Pound.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat