Komen Sajid Javid Meresahkan Pasaran? Ini Yang Berlaku Terhadap Matawang Sterling!

452

Matawang sterling menyusut banyak berbanding matawang lain pada hari Isnin berikutan reaksi para pedagang matawang terhadap komen mengenai Brexit daripadan Menteri Kewangan UK, Sajid Javid.

Menteri Kewangan UK, Sajid Javid mengakui perniagaan di negara itu akan terjejas disebabkan oleh Brexit dan memberitahu kepada pengeluar bahawa tidak akan ada penyelarasan dengan peraturan Kesatuan Eropah (EU) sebaik sahaja Britain keluar dari EU secara rasmi.

Dengan berbaki kurang dua minggu menjelang tarikh akhir Brexit, Javid memberitahu bahawa Perbendaharaan tidak akan memberi sokongan kepada pengeluar yang mematuhi peraturan EU kerana sektor tersebut telah diberikan masa tiga tahun untuk memulakan hubungan dagangan baru dengan blok itu, iaitu merujuk kepada bermulanya referendum pada 2016.

Pada hari Isnin, matawang Sterling menyusut sebanyak 0.2% berbanding matawang US dolar dan 0.3% berbanding matawang Euro. Matawang pound telah kehilangan nilai berikutan data ekonomi yang lemah sehingga membenamkan sentimen kemenangan parti Konservatif dalam pilihan raya umum yang berlangsung Disember lalu.

Badan Perwakilan perniagaan terbesar perniagaan di UK iaitu British Chambers of Commerce (BCC) turut memberi komen susulan komen Javid bahawa tidak akan ada penyelerasan peraturan dengan EU selepas Brexit bahawa kerajaan harus berhati-hati agar tidak memaksa majikan keluar dari menjalankan perniagaan di UK.

Tambah BBC, pasaran perniagaan bersedia untuk menjadi lebih pragmatik mengenai perubahan akan datang. Ketidakpastian ini akan menatijahkan perniagaan memindahkan pengeluaran mereka ke tempat lain.

Disisi lain, Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan rendah pada paras 96.83 setakat jam 10.50 p.m

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat