Komen Terbaru Dari Ahli Penting FOMC William Dudley

50

Presiden The Fed cawangan New York William Dudley menyatakan pasaran buruh Amerika Syarikat semakin baik secara relatif.

Terdapat komen bahawa inflasi berada di paras sedikit di bawah sasaran The Fed, tetapi paras pengangguran dan inflasi keseluruhannya adalah baik dan meyakinkan.

Menurut Dudley, paras gaji dan inflasi sepatutnya meningkat dengan peningkatan pertumbuhan gaji sehingga 3% tahun depan atau dua tahun lagi.

Dudley juga mengatakan keluk hasil bon yang mendatar bukanlah isyarat negatif kepada ekonomi US dan ia adalah disebabkan lebih kepada faktor luar.

Apa yang penting adalah apabila beliau menyatakan setakat ini ekonomi adalah baik dengan kitaran kenaikan kadar faedah. Peningkatan kadar faedah tidaklah terlalu mengetatkan keadaan dalam pasaran kewangan dan menghentikan kitaran pengetatan ini adalah berbahaya kepada ekonomi.

Pendapat Dudley hampir sama dengan Pengerusi Janet Yellen dan ucapannya secara keseluruhan menunjukkan ahli penting dalam FOMC ini kekal yakin dengan kecenderungan pengetatan polisi.

US dolar mengukuh selepas komen William Dudley dengan Usd/Jpy naik hampir 50 pip, di mana hasil-bon US pula meningkat kepada 2.167% berbanding 2.15% yang direkod pada Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat