Komen Terbaru Ketua Cawangan Fed Philadelphia, Patrick Harker Mengenai Pemotongan Kadar Faedah

376

Presiden Federal Reserve cawangan Philadelphia, Patrick Harker tampil memberi komen mengenai pemotongan kadar faedah pada hari ini. Dalam kenyataan tersebut, beliau tidak melihat perlunya pemotongan kadar faedah lanjutan.

Menurut Harker, ketika ini kadar faedah dapat dikatakan pada paras yang neutral dan beliau beri pandangan bahawa pembuat polisi harus kekal pada paras ini dan melihat sejauh mana kesannya terhadap ekonomi.

Pada mesyuarat FOMC yang lalu. the Fed telah memotong kadar faedah sebanyak 25 mata asas. Pemotongan kadar faedah tersebut merupakan pemotongan yang pertama sejak kemelesetan ekonomi 1 dekad lalu.

Harker yang pada ketika ini bukan merupakan ahli pengundi FOMC berpendapat bahawa beliau menyokong kadar faedah pada paras sekarang dan lebih cenderung untuk menunggu sebelum pelonggaran monetari lanjutan. Beliau berpendapat sekarang bukanlah waktu yang tepat untuk rangsangan lanjutan kerana pasaran buruh adalah kukuh dan inflasi juga bertumbuh secara perlahan.

Selain Harker, Esther George yang merupakan Presiden the Fed cawangan Kansas juga memiliki pandangan yang senada.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat