Komentar Penasihat Ekonomi Utama Trump Terhadap Hubungan Perdagangan US-China

501

Larry Kundlow yang merupakan salah seorang penasihat ekonomi utama Donald Trump menemplak kenyataan China dengan mengatakan bahawa Chinalah yang bersalah kerana melanggar undang-undang perdagangan, bukan Donald Trump. Baru-baru ini China telah memberi amaran bahawa mereka akan mengugurkan komitmen rundingan yang telah disepakati jika Trump ingin melaksanakan cukai juga.

Kundlow mengatakan bahawa Trump hanya memberi respon balas terhadap ketidakadilan perdagangan yang telah dizahirkan.

Kundlow malah menyalah China, Europe, NAFTA dan mereka yang tidak mahukan perdagangan yang saksama.

Walaubagaimanapun baru-baru ini terdapat laporan yang melaporkan bahawa terdapat sedikit kemajuan perbincangan tentang bagaimana ingin mengurangkan $375 billion lebihan perdagangan China dengan US. Namun Trump pada minggu lepas telah mengatakan ingin mengenakan cukai sebanyak $50 billion keatas barangan import China.

Berdasarkan laporan daripada akhbar China, jika US masih berkeras untuk mengenakan cukai, segala perjanjian yang disepakati dalam rundingan akan terbatal.

Laporan itu dikeluarkan selepas setiausaha perdagangan, Wilbur Ross berjumpa dengan wakil China. Perbincangan tersebut juga menumpukan langkah teknikal untuk mengurangkan defisit US.

Situasi ini telah menimbulkan kekhuatiran dalam kalangan pemain pasaran kerana khuatir ia akan mencetuskan perang perdagangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat