Komoditi Hitam Ketika Ini Dipengaruhi ‘Production’ Dari US

42

Komoditi hitam hampir-hampir memadam kenaikan harga yang direkodkan minggu lepas berikutan kejatuhan mendadak pada Isnin. Dagangan Isnin dipengaruhi oleh kebimbangan kenaikan pengeluaran dari US dan penguatan US dolar.

Minyak Brent (Brent-oil) didagang di sekitar $53-$57 setong sejak beberapa minggu ini selepas penganalisis menjangka potensi kenaikan keluaran oleh US ditambah lagi dengan harga komoditi ini yang semakin meningkat disebabkan pengukuhan US dolar.

Tidak dapat dinafikan harga minyak mentah mendapat sedikit sokongan dari ketegangan antara Iran-US berikutan ujian peluru berpandu oleh Iran.

Kenaikan jumlah pelantar di US juga membenam kesan dari pemotongan oleh OPEC dan non-OPEC. Pelantar di US meningkat sejak 14 minggu lepas dalamlaporan Baker Hughes. Minggu lepas sahaja Baker Hughes melaporkan pelantar di US bertambah sebanyak 17 pelantar kepada 583 pelantar setakat ini.

Dalam sesi Isnin pula Iran menyatakan telah menemui satu kawasan yang menyimpan sumber minyak mentah dan gas yang besar di negara itu. Berdasarkan anggaran awal kawasan tersebut menyimpan 15 billion tong minyak dan 2330 trillion kaki persegi ‘gas’. Hal ini sudah tentu mampu meningkatkan pengeluaran di masa akan datang.

Minyak West Texas intermediate (WTI) ketika ini didagangkan di sekitar $53.14 setong turun dari paras tertinggi Isnin $54.54, manakala minyak Brent (Brent-oil) didagangkan pada harga $55.52 semasa artikel ini ditulis, turun dari paras tertinggi $57.20.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat