Komoditi Hitam Menjunam, Pertama Kali Cecah Paras Harga $15 Sejak 1999

479

Harga minyak mentah menjunam pada awal dagangan sesi Asia hari ini ketika kebimbangan terhadap bekalan yang berlebihan dalam pasaran disebabkan kejatuhan permintaan global terus membelenggu sentimen dagangan.

Harga kontrak penanda aras minyak mentah WTI Amerika Syarikat bagi bulan Mei yang akan berakhir pada Selasa, menjunam sebanyak 21% sehingga mencecah paras terendah sejak Mac tahun 1999 ke bawah paras harga $15 setong.

Sementara kontrak bagi bulan Jun pula aktif diperdagangkan dengan penyusutan lebih 5% kepada $23.60 setong, manakala penanda aras minyak mentah Brent merosot 1% kepada $27.80 setong.

Keyakinan pelabur terhadap pemotongan pengeluaran hampir 10 juta tong yang dipersetujui oleh OPEC baru-baru ini akan mengurangkan lebihan bekalan dalam pasaran masih goyah memandangkan kemerosotan dalam permintaan global masih berterusan.

Pemotongan pengeluaran sebanyak 9.7 juta tong sehari oleh OPEC yang berkuatkuasa pada Mei dan Jun dijangka akan memperlihatkan peningkatan dalam harga minyak. Namun ketidakpastian dalam prospek permintaan global mungkin akan membataskan dagangan komoditi hitam itu.

Penganalisis berpendapat bahawa pemotongan yang ditetapkan mungkin tidak mencukupi untuk menampung kehilangan permintaan sebanyak 25 juta hingga 30 juta tong sehari yang dijejaskan oleh coronavirus.

Walaupun terdapat beberapa negara utama seperti Amerika Syarikat sedang merancang untuk membangunkan semula ekonomi mereka selepas terkesan oleh penularan wabak coronavirus, namun proses ini akan mengambil masa yang lebih lama memandangkan angka kes dan kematian masih tinggi di negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat