Komoditi Hitam Pulih Namun Masih Dibawah Paras 3 Minggu Lalu

47

Harga minyak pada pembukaan pasaran Asia hari ini meningkat dan bergerak pada julat yang kecil selepas pulih dari kejatuhan 3 hari berturut-turut pada sesi yang lepas. Harga minyak mula jatuh pada awal pembukaan pasaran minggu ini walaupun pasaran masih dalam proses pengetatan secara beransur-ansur.

Minyak brent yang menjadi tanda aras harga minyak antarabangsa meningkat 11 sen atau 0.22% kepada $50.97 setong sekatat jam 9.30 pagi.

Harga bagi West Texas Intermediate US (WTI) kekal di paras pembukaan $ 47.09

 

Pelabur-pelabur minyak berkata harga turun kerana jualan yang berlaku pada pasaran yang lain seperti stok US dan Asia. Hal ini turut berlaku kerana keraguan para pelabur terhadap kepimpinan Presiden Donald Trump serta kontrevasi-kontrevasi yang melanda beliau untuk meneruskan agenda ekonominya.

 

ANZ Bank berkata, “Data EIA menunjukkan kejatuhan bekalan minyak sebanyak 8.95 juta tong menjadikan jumlah 466.5 juta tong setakat minggu lepas, dan rekod bekalan minyak komersial jatuh 13% sejak bulan Mac ke paras terendah 2016”.

 

Kenaikkan harga minyak sangat bergantung kepada kadar pengeluaran daripada Organisasi Negara Pengeksport Minyak (OPEC) dan non-OPEC seperti Rusia. Mereka telah berjanji untuk hadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari bermula Januari tahun ini sehingga Mac 2018 untuk ketatkan pasaran sekaligus meningkatkan harga.

Sehingga kini, pengeluaran minyak OPEC dan Rusia masih tinggi kerana ada dikalangan ahli tidak mematuhi syarat pemotongan minyak yang telah ditetapkan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat