Komoditi Ini Tak Duduk Diam Selepas Ucapan Yellen

269

Harga minyak kembali meneruskan pendakian yang tersekat sejak minggu lalu dengan disokong oleh keyakinan pasaran bahawa rangsangan fiskal AS yang lebih besar akan meningkatkan permintaan bahan bakar.

Niaga hadapan minyak mentah Brent menokok 36 sen kepada $56.26 setong, manakala WTI Amerika Syarikat meningkat sebanyak 41 sen dengan didagangkan kukuh pada $53.39 setong.

Calon Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen telah menggesa para penggubal undang-undang dalam keterangannya di Capitol Hill untuk bertindak lebih besar terhadap pakej rangsangan ekonomi AS.

Pasaran minyak terus meningkat walaupun Badan Tenaga Antarabangsa telah memotong prospek permintaan minyak suku pertama sebanyak 580,000 tong sehari berikutan penutupan ketat di Eropah untuk membendung penularan Covid-19.

Walau bagaimanapun, pelabur tetap berhati-hati dengan peningkatan berterusan kes coronavirus dan penutupan terbaru yang dilaksanakan di seluruh dunia.

Pelabur kini menunggu ucapan perasmian Presiden Joe Biden untuk mendapatkan maklumat terperinci dalam pakej bantuan $1.9 trilion negara itu dan indikasi mengenai dasar yang akan dilaksanakan di bawah pentadbirannya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat