Komplot Wujud Kerajaan Pintu Belakang – Tun Dr Mahathir Tidak Terlibat?

1,212

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan memberitahu bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak terbabit dengan komplot pengkhianatan kerajaan seperti yang didakwa oleh beberapa pihak sebelum ini.

Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa Dr Mahathir kecewa terhadap kemelut politik yang sedang melanda negara ketika ini.

Menurut Anwar, beliau telah merayu kepada Dr Mahathir untuk tidak melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan menanganinya bersama-sama di bawah Pakatan Harapan (PH) tetapi ditolak atas sebab mereka mempunyai pemikiran yang berbeza.

Beliau juga meminta semua pihak supaya menghormati proses perlembagaan dengan membenarkan Dr Mahathir dan Yang di-Pertuan Agong untuk menyelesaikan konflik yang sedang berlaku.

Sementara itu, dalam satu kenyataan di sidang media sebentar tadi, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengkritik usaha khianat beberapa pemimpin parti yang berkomplot untuk mewujudkan kerajaan baru melalui pintu belakang.

Menurut beliau, parti baru yang dicadangkan untuk menggantikan PH dikenali sebagai Perikatan Nasional iaitu merupakan gabungan parti UMNO, MC, MIC, Bersatu dan beberapa pemimpin yang dipecat oleh PKR.

Selain itu, Lim Guan Eng juga berkata bahawa keputusan peletakan jawatan oleh Dr Mahathir adalah disebabkan beliau menentang usaha khianat untuk cuba menolak mandat diberikan rakyat kepada PH.

Dalam pada itu, Guan Eng juga memberitahu parti DAP lebih mengesyorkan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus kekal memimpin negara sebagai Perdana Menteri dan ia akan diusulkan dalam mesyuarat tergempar Majlis Presiden PH malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat