Komuniti Shiba Inu Bakar 3.7 Bilion Token SHIB Pada Ogos

321

Komuniti mata wang kripto Shiba Inu (SHIB) dilaporkan membakar lebih 3.7 bilion token SHIB pada bulan Ogos, di mana harga mata wang kripto meningkat bersama kiraan pemegangnya.

Melalui platform pengesanan Shibburn Shiba Inu, 528 transaksi berjaya memusnahkan 3.7 bilion token mata wang kripto pada bulan lepas bagi menggunakan burn token tersebut sebagai kaedah mencairkan *circulating supply dan meningkatkan kekurangan.

*Circulating supply merupakan bilangan token mata wang kripto yang tersedia secara umum dan beredar di pasaran

Malah, portal burn Shiba Inu di ShibaSwap iaitu pertukaran terdesentralisasi berasaskan mata wang kripto telah melihat pengguna membakar 63 bilion token SHIB padanya termasuklah interaksi daripada 2,100 address Ethereum.

Diingatkan juga, peningkatan pembakaran token yang paling ketara berlaku pada penghujung bulan Ogos, walaupun bulan lepas menyaksikan pembakaran token paling rendah sejak portal burn Shiba Inu dilancarkan.

Selain itu, angka-angka ini tidak bermakna usaha komuniti Shiba Inu tidak membuahkan hasil kerana harga mata wang kripto tersebut meningkat sedikit dari awal bulan Julai dan sepanjang Ogos.

Tambahan pula, penyumbang utama pembakaran Shiba Inu adalah token “1 Cent”diilhamkan oleh SHIB yang bermatlamat untuk membawa mata wang kripto tersebut kepada $0.01 serta mempelbagaikan projek komuniti lain, misalnya SHIB Super Store.

Menurut data daripada blockchain Ethereum, jumlah address yang memegang mata wang kripto SHIB juga semakin meningkat iaitu melebihi 1.2 juta pada bulan lepas dan kini berkembang kepada 1.216 juta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat