Konflik Dalaman Di AS – TikTok Disekat Atau Tidak?

126

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) bertegas akan mempertahankan perintah eksekutif terhadap operasi aplikasi perkongsian video pendek, TikTok di negara itu susulan keputusan seorang hakim Persekutuan menghentikan arahan terbabit.

Lapor Reuters, Hakim Wendy Beetlestone menyekat perintah itu yang bakal berkuatkuasa pada 12 November pada Jumaat lalu.

Beetlestone memerintahkan Jabatan Perdagangan supaya tidak menyekat sebarang penyimpanan data TikTok di AS, perkhidmatan penghantaran kandungan dan transaksi teknikal lain.

Jabatan Perdagangan semalam memaklumkan akan mematuhi arahan itu namun tetap mahu mempertahankan perintah eksekutif dan akan cuba mencabar arahan mahkamah itu

Ujar Beetlestone, kenyataan peribadi pentadbiran Presiden AS, Donald Trump mengenai ancaman keselamatan nasional yang ditimbulkan oleh TikTok adalah hipotesis semata-mata.

Sebelum ini, Trump sering kali menyatakan TikTok digunakan untuk mencuri data pengguna di AS, sekali gus mengundang ancaman keselamatan terhadap negara itu.

Keputusan Beetlestone itu turut menyekat larangan untuk memuat turun aplikasi itu menerusi gedung aplikasi.

Pada 27 September lalu, Hakim Carl Nichols mengeluarkan injuksi bagi menghentikan tindakan Jabatan Perdagangan mengeluarkan TikTok daripada gedung aplikasi Google dan Apple.

Nichols dijangka akan mengadakan perbicaraan pada Rabu ini mengenai aspek lain berkaitan perintah eksekutif itu.

Rundingan dilaporkan masih berjalan untuk menyelesaikan perjanjian awal antara Walmart Inc dan Oracle Corp untuk mengambi alih TikTok di AS.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat