Konflik di Hong Kong Rumitkan Ekonomi AS, Dunia

498

Ketegangan berlaku di Hong Kong yang berlarutan sejak dua bulan lalu memburukkan lagi situasi pasaran ekonomi AS dan juga dunia, menurut pakar geopolitik dan ahli strategi pasaran.

Kekecohan yang berlaku di antara polis dan juga penunjuk perasaan memaksa kerajaan menutup Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong yang merupakan lapangan terbang utama mereka. Hal ini menyebabkan ratusan jadual penerbangan terpaksa dibatalkan kerana isu keselamatan.

Berikutan situasi ini, polis Hong Kong telah memperkenalkan sebuah kenderaan meriam air yang berfungsi untuk meleraikan sebarang rusuhan. Kenderaan keluaran Mercedez-Benz itu menelan belanja lebih dari $2 juta. Polis juga bercadang untuk menggunakan penyembur berwarna bagi mengenalpasti suspek yang melakukan tunjuk perasaan.

Isu ini timbul selepas rang undang-undang ekstradisi diperkenalkan pada April lalu yang mengakibatkan mana-mana penduduk Hong Kong yang melakukan kesalahan atau jenayah kepada penduduk China akan diekstradisi ke negara China.

Ketegangan ini juga melemahkan keyakinan pelabur di AS, menyaksikan pasaran Wall Street ditutup rendah. Indeks Dow Jones susut 389.73 mata kepada 25,897.71 mata, S&P 500 turun 35.56 mata kepada 2,883.09 mata dan Nasdaq jatuh 95.73 mata kepada 7,863.41 mata.

Indeks Hang Seng ditutup 0.4% lebih rendah pada Isnin dan penurunan ini dilihat berlanjutan kerana untuk bulan Ogos sahaja, kejatuhan sebanyak 7% direkodkan dan 10% dalam tempoh 3 bulan yang terakhir ini.

Antara saham yang terjejas ialah Facebook (-1.32%), Google (-1.12%), Microsoft (1.39%) dan Apple (-0.25%).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat