Konflik Di Israel & Ukraine Punca Tether Sekat $873K!

279

“Ni baru betul adil, tak ada nak sokong satu pihak je.”

Peperangan dan pembiayaan keganasan di wilayah seperti Ukraine dan Israel menerima tamparan hebat apabila firma stablecoin terkemuka Tether (USDT) baru-baru ini bertindak menyekat aset digital bernilai $873,000.

Tindakan dilakukan itu bukan sahaja bertujuan untuk memerangi pergerakan dana haram malah menandakan peralihan ketara ke arah penglibatan proaktif dengan agensi penguatkuasaan.

Binance turut memainkan peranan penting dalam membantu pihak berkuasa Israel, di mana pasukannya telah membekukan akaun mata wang kripto dikaitkan kumpulan Hamas susulan dikatakan mengganggu sumber kewangan penting untuk operasinya.

Jadi di sini dapat dilihat bahawa USDT dan Binance telah memanfaatkan teknologi blockchain untuk mengesan urus niaga.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) USDT Paolo Ardoino, kripto adalah aset paling boleh dikesan susulan transaksi direkodkan secara kekal pada blockchain dan ini membawa makna setiap pergerakan dana akan meninggalkan jejak digital.

Operasi USDT juga telah menunjukkan keberkesanan perkongsian antara firma kripto dan badan kawal selia kerana di sebalik dana besar dirampas dikaitkan keganasan, syarikat tersebut menyekat $835 juta daripada melakukan aktiviti haram.

Suka dimaklumkan USDT telah berganding bahu bersama agensi merentasi 19 bidang kuasa termasuk Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan China untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai entiti bertanggungjawab dalam pasaran kripto.

Kerjasama itu juga bertujuan untuk meningkatkan sekuriti transaksi aset digital dan memupuk persekitaran kewangan global yang lebih selamat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat