Konflik Geopolitik Bakal Jejaskan Ekonomi A.S? Ini Dapatan Penganalisis Perlu Diketahui Pasaran

1,635

Analisis awal daripada para penganalisis mendapati bahawa impak perang Rusia-Ukraine akan berkembang namun secara perlahan di samping inflasi yang lebih tinggi. Disisi lain pula, ekonomi Eropah boleh berada di ambang kemelesetan dan ekonomi Rusia akan merosot sehingga 2 digit peratusan.

14 peramal dalam CNBC Rapid Update menjangkakan ekonomi Amerika Syarikat (A.S) akan berkembang sebanyak 3.2% pada tahun ini dengan pertumbuhan sekadar 0.3% pada bulan Februari. Inflasi untuk perbelanjaan penggunaan peribadi, penunjuk pilihan Fed, dilihat meningkat sebanyak 4.3% tahun ini, 0.7 mata peratusan lebih tinggi daripada tinjauan sebelumnya pada bulan Februari.

Para penganalisis (peramal) memberi amaran bahawa setakat ini agak sukar untuk menilai bagaimana ekonomi A.S akan bertindak balas terhadap kejutan harga minyak yang melonjak melebihi $126 setong. Kebanyakan melihat risiko kepada ramalan mereka condong ke arah inflasi yang lebih tinggi dan pertumbuhan yang lebih rendah.

Menurut pakar ekonomi, penyisihan minyak Rusia daripada bekalan global boleh membawa kepada pengecutan ekonomi lebih lanjut. Kemas kini dari CNBC menunjukkan pertumbuhan A.S. boleh meningkat kepada 3.5% pada suku kedua daripada 1.9% pada suku pertama. Tetapi anggaran suku kedua itu turun 0.8 mata peratusan daripada tinjauan sebelumnya.

Anggaran inflasi adalah 1.7 mata peratusan lebih tinggi untuk suku ini dan 1.6 mata peratusan untuk seterusnya. Inflasi dijangka menurun daripada 4.3% tahun ini kepada 2.4% menjelang akhir tahun.

Umumnya melihat pertumbuhan ekonomi A.S akan berkekalan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat