Konflik Perdagangan AS-China Adalah Peluang Kepada Malaysia – Menteri

590

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking berkata ketegangan perang dagang yang berkemungkinan berlaku antara Amerika Syarikat dan China boleh menjadi peluang kepada Malaysia untuk menjadi rakan dagang China yang lebih signifikan.

“China adalah antara pengimport terbesar barangan kita dan begitu juga kita banyak mengimport dari mereka. Saya percaya mereka akan lebih cenderung kepada kita khususnya pada masa sekarang di mana banyak barang mereka akan dikenakan tariff oleh Amerika Syarikat,” demikian kata Darell.

Apabila ditanya tentang kesan terhadap hubungan dagang Malaysia-China selepas kajian semula dan pembatalan beberapa projek infrastruktur, Darell menegaskan tidak akan ada sebarang masalah.

“Malaysia adalah pusat utama banyak negara mahu berhubung. Banyak industri kita yang mengeksport ke luar negara dan ini menunjukkan kita adalah komponen penting dalam perdagangan dunia,” tambah beliau.

China sudah bersedia “sepenuhnya” jika perang perdagangan dengan Amerika Syarikat bermula pada minggu ini. Selepas beberapa siri rundingan gagal, tariff terhadap China dijangka akan bermula pada Jumaat (6 Julai).

Washington dijangka akan mengaktifkan tariff terhadap $34 billion produk China esok dan Beijing berikrar akan membalas tindakan itu pada hari yang sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat