Kongres AS Tidak Putus Asa, Bina ‘Benteng’ Risaukan Bitcoin Law Di El Salvador

226

Penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) telah memperkenalkan rang undang-undang baharu kepada Jabatan Negara dengan harapan mereka dapat mengurangkan risiko penggunaan Bitcoin (BTC) di El Salvador.

Rang undang-undang baharu – Accountability for Cryptocurrency in El Salvador Act akan turut didatangni bersama Accountability for Cryptocurrency in El Salvador (ACES) Act.

Ketika draf itu diserahkan kepada Jabatan Negara semalam, ahli kongres – Norma J. Torres menjelaskan akta terbaharu itu perlu diambil serius demi memastikan sistem kewangan AS ‘selamat’ daripada pertaruhan berani El Salvador.

Tiada alasan untuk negara itu berdolak-dalih kerana institusi-institusi kewangan global telah mengkaji dan memperincikan beberapa risiko penerapan Bitcoin dalam ekonominya:

“Walaupun El Salvador adalah sebuah demokrasi berdaulat dan kami hormat dengan keputusannya, tetapi masih perlu ada rancangan untuk melindungi sistem kewangan kami.”

Berikut adalah rincian rang undang-undang yang dikemukakan oleh barisan kongres AS:

  • Menggesa Jabatan Negara untuk hasilkan analisis penerimaan Bitcoin sebagai tender sah di El Salvador.
  • Meneliti risiko terhadap perlindungan siber, kestabilan ekonomi, dan pentadbiran demokratik.
  • Tuntutan penelitian terhadap rangka kerja perundangan El Salvador dan impak Bitcoin Law terhadap perniagaan, serta penduduknya.

Sedar tidak sedar, sudah tujuh bulan El Salvador merasmikan penggunaan bitcoin di negara itu.

Walaupun penerimaan aset itu dilihat sukar tetapi El Salvador buktikan yang mereka mampu hasilkan bitcoin menggunakan tenaga gunung berapi dan sekarang dalam perancangan untuk merealisasikan Bitcoin City.

Pun begitu, tidak semudah itu untuk memuaskan hati semua orang kerana pengasas Ethereum, Vitalik Buterin juga mengkritik Bitcoin Law.

Adakah langkah yang diambil presidennya, Nayib Bukele menghasilkan domino effect di mana kita akan menyaksikan negara seterusnya mengesahkan bitcoin sebagai tender sah?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat