Kontrak Deposit Ethereum 2.0 Catat Lebih 5 Juta ETH!

1,337

Kontrak deposit atau staking Ethereum 2.0 mencatatkan jumlah ether (ETH) sudah melebihi 5 juta!

Rekod semasa mencatatkan sebanyak 5.2 juta ETH berada di dalam kontrak tersebut, menjadikan nilai keseluruhan berjumlah $13.7 bilion!

Ketika penulisan, ETH didagangkan pada $2,635, melonjak lebih 13% dalam 24 jam.

Kali terakhir jumlah permodalan staking Eth2 dilaporkan berada di paras nilai $3.6 bilion.

Komuniti Ethereum sedia maklum, blockchain ini sedang berada di fasa peralihan daripada mekanisme konsensus Proof-of-Work (PoW) kepada Proof-of-Stake (PoS). Ia merupakan sebahagian daripada naiktaraf Eth2.

Ini bermakna, selepas ini pelombong akan stake 32 ETH untuk memproses transaksi, tidak seperti PoW yang memerlukan kemahiran kompleks untuk menyelesaikan transaksi.

Pengguna yang staking di rangkaian tersebut berpotensi untuk menerima ganjaran sehingga 23%. Bagaimanapun, deposit dan ganjaran yang diterima hanya boleh dikeluarkan jika fasa 1.5 naiktaraf Eth2 bersiaran iaitu dijangka pada 2022.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat