Kontroversi Skim Piramid Dogecoin Elon Musk Capai Klimaks!

223

‘Naik balik isu Elon Musk dituduh scammer, rasanya boleh menang tak saman ke atas jutawan itu?’

Tatkala ini jutawan terkaya dunia, Elon Musk mungkin berpeluh dengan isu kontroversi yang menuduhnya menjalankan skim piramid Dogecoin (DOGE) kembali mencuri tumpuan.

Terbaharu, 7 plaintif* dan 6 defendan** baharu dihadapkan ke mahkamah Manhattan bagi membincangkan kes antara Musk dan DOGE tersebut.

*Pihak yang menuduh dan mengutarakan tuntutan dalam pendakwaan.

**Pihak yang dituduh melakukan jenayah dalam pendakwaan.

Difahamkan plaintif menuduh Musk, Tesla Inc, SpaceX dan firma pembinaan terowongnya iaitu Boring Co sengaja menaikkan harga DOGE kemudian membiarkan ia jatuh pada 2 tahun lalu.

Dijelaskan bahawa dengan berbuat sedemikian pihak defendan meraih ‘keuntungan berpuluh bilion’ dari pelabur DOGE lain walaupun mengetahui nilai intrinsik mata wang kripto tersebut bergantung kepada ‘pemasaran semata-mata’.

Tiada komen lanjut dari pihak Tesla, SpaceX mahupun Boring namun ‘kepalanya’ dilihat menulis satu ciapan sebagai tindak balas mempertahankan diri.

Musk menulis satu ayat yang berbunyi ‘keep supporting Dogecoin’ dan dalam temu bual beliau mengatakan ‘para pekerja kilang SpaceX dan Tesla memintanya untuk terus menyokong’.

Mengimbas kembali kejadian, pada bulan 6 yang lepas Musk berdepan saman $258 bilion oleh seorang plaintif yang merupakan pelabur kripto DOGE dengan menuduh jutawan itu ‘penunggang hype‘ mata wang kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat