Korea Selatan Akan Edarkan 150 Juta Dos Vaksin Rusia

574

Tanpa disangka rupanya Korea Selatan bersetuju untuk mengeluarkan vaksin Rusia, Sputnik V secara tempatan.

Keputusan yang didedahkan pada hari ini menjelaskan firma bioteknologi Korea Selatan, GL Rapha akan menghasilkan lebih 150 juta dos vaksin koronavirus tersebut setiap tahun .

Penghasilan vaksin yang dihasilkan oleh Gamaleya Research Institute of Epidemiology and Microbiology itu dijangka bermula pada bulan hadapan, bertujuan untuk diedarkan secara global.

Keberkesanan Sputnik V menjadi persoalan untuk jangka masa yang lama sebelum Rusia mendakwa vaksin mereka 92% berkesan berbanding Pfizer yang cuma 90% berkesan menentang jangkitan COVID-19.

Bagi kegunaan penduduknya, Rusia telah meningkatkan kapasiti pengeluaran. Mereka juga bersetuju untuk menghasilkan 500 juta dos setiap tahun sebagai bekalan kepada negara luaran.

Russian Direct Investment Fund (RDIF) yang bertangungjawab dalam pengembangan vaksin dan pemasaran vaksin seluruh negara mendakwa Sputnik V telah menerima tempahan sebanyak 1.2 bilion dos vaksin.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat