Korea Selatan Bakal Perkenal Cukai Baharu Terhadap Matawang Kripto?

280

Anggota sektor swasta Korea Selatan baru-baru ini telah mengadakan perbincangan mengenai rang undang-undang cukai berkaitan matawang kripto yang bertujuan untuk menetapkan cukai keuntungan untuk matawang tersebut. Berdasarkan perbincangan itu, mereka menjangkakan bahawa cukai keuntungan matawang kripto boleh meningkat sehingga 20%.

Selain itu, cadangan pindaan undang-undang telah mengemukakan bahawa matawang kripto perlu diklasifikasikan sebagai barang dan bukannya matawang.

Penggubal undang-undang telah menetapkan bahawa aset maya boleh dianggap sebagai sijil elektronik yang mempunyai nilai ekonomi dan boleh didagangkan secara elektronik. Namun, ketika transaksi dilakukan untuk tujuan penjualan, ianya dianggap sebagai aset.

Tambahan daripada itu, cukai keuntungan ini tidak akan dikenakan kepada mereka yang tidak menetap di negara Korea Selatan.

Menurut pegawai kewangan Korea Selatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan menunjukkan kira-kira $1.10 bilion diniagakan setiap hari dengan menggunakan kripto. Selain itu, sebanyak $6.33 juta didagangkan antara Januari hingga Mei 2020.

Walau bagaimanapun, sebuah pendapat menyatakan bahawa penguatkuasaan cukai keuntungan tersebut bakal memberi kesan dan menjejaskan pasaran teknologi negara berkenaan.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat