Korea Selatan Mengenakan Kadar Percukaian Terbaru Kepada Syarikat Pertukaran Matawang Crypto

487

Pada 22 Januari, badan berautoriti Korea Selatan telah mengumumkan kadar percukaian terbaru yang akan dikenakan kepada syarikat pertukaran matawang crypto.

Pada minggu lepas, dunia crypto dikejutkan dengan berita tak rasmi berkenaan pengharaman matawang crypto oleh kerajaan Korea Selatan. Hal ini menyebabkan harga bitcoin jatuh ke paras dibawah $10,000.

Sebanyak 200,000 orang telah mentandatangani petisyen agar kerajaan mempertimbangkan kembali tindakan tersebut. Sejurus selepas itu, pentadbiran presiden telah mengumumkan bahawa ketika ini belum ada kenyataan rasmi. Namun, kerajaan sedang mengusahakan untuk mengawal selia pasaran matawang crypto.

Antara isu yang diketengahkan ialah amaran kepada pelabur luar negara dan mengharamkan pelabur luar negara untuk berdagang di platform pertukaran matawang crypto.

Terikini, platform pertukaran matawang crypto di Korea diwajibkan untuk membayar cukai sebanyak 24.4%. Kadar percukaian ini terdiri daripada 22% cukai korporat dan 2.2% cukai pendapatan umum.

Perlaksanaan kadar cukai terbaru ini akan memberi tamparan hebat kepada syarikat pertukaran matawang crypto terutamanya Bithumb yang merupakan antara platform pertukaran crypto terbesar dunia. Bithumb dianggarkan harus membayar cukai sebanyak 60 juta won.

Pengumuman tindakan pengawal selia menghadirkan kelegaan kepada pelabur kerana ia memberi indikasi bahawa kerajaan Korea Selatan tidak dalam proses mengharamkan matawang crypto.

 

Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat