Korea Utara Cuba Lancar Peluru Berpandu?

241

Sebuah kenderaan didakwa membawa peluru berpandu dikesan di tapak latihan perarakan di Korea Utara meskipun wujud laporan ia hanya akan digunakan untuk pameran ketenteraan Parti Pekerja Korea pada 10 Oktober nanti.

Menurut kumpulan 38 North yang bertanggungjawab memantau Korea Utara, imej satelit komersial yang diambil hari ini menunjukkan kenderaan tersebut berkemungkinan membawa peluru berpandu di Tapak Latihan Perarakan Mirim, luar Pyongyang.

“Walaupun resolusi imej itu tidak mencukupi untuk menentukan jenis kenderaan terbabit, saiz dan bentuknya menunjukkan ia mungkin digunakan untuk mengangkut dan melancarkan peluru berpandu bersaiz besar,” kata kumpulan berkenaan.

Kenderaan itu dikatakan cukup besar untuk mengangkat sebuah peluru berpandu antara benua (ICBM), yang dipercayai mampu melancarkan kepala peledak nuklear ke mana-mana sahaja termasuklah Amerika Syarikat (AS).

Kumpulan itu juga tidak menolak kemungkinan kenderaan itu digunakan untuk tujuan lain.

Pyongyang tidak pernah menunjukkan peluru berpandu bersaiz besarnya di mana-mana perarakan ketenteraan sejak awal 2018 ketika pemimpinnya, Kim Jong-un mengadakan pertemuan diplomatik termasuklah tiga pertemuannya dengan Presiden AS, Donald Trump.

Para penganalisis politik membuat andaian Korea Utara mungkin menggunakan perarakan itu untuk menunjukkan senjata baharu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat