Kos Brexit Adalah Sebanyak £43.8 billion Untuk 3 Tahun Akan Datang

38

The British Chamber of Commerce (BCC), sebuah organisasi perdagangan bisnes yang berpengaruh memotong ramalan perkembangan ekonomi United Kingdom disebabkan oleh Brexit.

Dalam update yang pertama sejak keputusan berpihak kepada Brexit, BCC hari ini mengumumkan potongan ramalan perkembangan GDP UK mengikut tahun :

2016 : 2.2% ke 1.8%

2017 : 2.3% ke 1%

2018 : 2.4% ke 1.8%

Revisi yang dibuat ini melihatkan ekonomi Britain mengecil sebanyak , $58.1 billion berbanding ramalan yang dibuat sebelum ini.

Ini menunjukkan bahawa Brexit memberi kesan yang sangat kuat terhadap ekonomi.

Selain daripada penguncupan GDP, pekerjaan juga akan berkurang disebabkan oleh bisnes-bisnes besar yang keluar daripada UK.

Suren Thiru, ketua ekonomi BCC memberitahu eksport akan meningkat disebabkan oleh kelemahan matawang Pound cuma ketidakstabilan yang dialami oleh ekonomi UK juga dijangka akan menjadi penghalang.

Menurutnya juga, UK mungkin boleh mengelak daripada kegawatan ekonomi. Disokong oleh Credit Suisse dan Morgan Stanley, semua mengeluarkan kenyataan UK akan mengalami perkembangan ekonomi yang perlahan namun tidaklah sehingga ke paras gawat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat