Kos Hidup di UK Meningkat, Matawang Gbp Melonjak Sejurus Data Ini Dikeluarkan

88

Harga pengguna UK meningkat 0.8% pada Februari berbanding jangkaan pasaran 0.5%. Dalam bacaan dari tahun ketahun, bacaan inflasi terpenting ini (CPI) naik 2.3% dari 1.8% sebelum ini yang mana di atas jangkaan pasaran 2.1% dan merupakan bacaan tertinggi sejak September 2013. Kadar CPI yang menjadi tumpuan bank pusat ini juga melebihi sasaran Bank of England  sebanyak 2%.

Terdapat peningkatan dalam harga makanan dan kos pengangkutan pada Februari. Harga makanan naik 0.3% dari tahun ke tahun. Peningkatan harga juga disumbang oleh keadaan cuaca di Eropah yang menolak harga sayur-sayuran ke atas.

Peningkatan harga dalam komponen makanan akan beransur pudar dan penyusutan dalam data harga pengeluar (PPI) pada tempoh sama akan mengurangkan tekanan kepada kos barangan.

Terdapat juga peningkatan dalam harga rumah dan perkhidmatan isirumah dan sedikit kenaikan dalam perkhidmatan perhotelan dan restoran.

Minggu lalu ahli Bank of England (BoE), Forbes meminta agar kadar dinaikkan secepat mungkin kerana melihat kepada tren inflasi yang terus meningkat, di mana ahli lain menjangka ada sedikit saja kenaikan pertumbuhan dan inflasi.

Dalam konteks ini, data terbaru inflasi dilihat cenderung meningkatkan spekulasi bahawa BoE akan mengetatkan polisinya dengan menaikkan kadar.

Matawang Gbp melonjak sejurus data ini dikeluarkan dengan Gbp/Usd menguat 70 pip, manakala Eur/Gbp jatuh 50 pip.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat