Kos Sara Hidup Tinggi Dorong Pekerja UK Kembali Bekerja

235

Krisis kos sara hidup yang semakin meningkat telah mendorong pekerja Britain menyertai semula pasaran buruh pada kadar terpantas sejak sebelum pandemik Covid-19 melanda.

Terbaharu, Pejabat Perangkaan Nasional (ONS) melaporkan peningkatan 296,000 dalam bilangan orang yang bekerja dalam tempoh tiga bulan hingga Mei 2022, peningkatan terbesar sejak tiga bulan hingga Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, kadar pengangguran UK kekal tidak berubah pada 3.8% dalam tempoh yang sama, lebih baik daripada jangkaan untuk meningkat sedikit pada 3.9%.

Peningkatan ini dibantu oleh bilangan pekerja sepenuh masa yang meningkat kepada rekod tertinggi dan turut diikuti oleh pekerja sambilan.

Tanda-tanda pengambilan pekerja kukuh yang berterusan mungkin meningkatkan keyakinan Bank of England (BOE) untuk menaikkan lagi kadar faedah pada bulan depan.

Namun, masih tiada petanda jelas dalam data yang mungkin mencetuskan tindakan bank pusat untuk meningkatkan kadar lebih daripada 25 mata asas yang biasa dilaksanakannya.

Sementara itu, pertumbuhan dalam gaji terus menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga bulan hingga Mei kepada 4.3% tetapi mewakili kejatuhan terbesar dalam rekod sejak 2001 apabila diselaraskan untuk ukuran indek harga pengguna inflasi.

ONS melaporkan pertumbuhan dalam jumlah gaji, termasuk bonus, perlahan kepada 6.2% daripada 6.8%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat