Kossan Rubber Catat Keuntungan Bersih Suku Kedua Dengan Lonjakan Drastik

146

Kossan Rubber Industries Bhd mencatat kadar keuntungan bersih pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021, dengan catatan memberangsangkan dan di luar jangkaan.

Syarikat tersebut mencapai keuntungan dengan lonjakan sebanyak RM1.06 bilion berbanding RM131.06 juta yang dicatatkan pada suku tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut kenyataan yang dilaporkan kepada Bernama, hasil kumpulan itu melonjak RM2.24 bilion daripada RM701.68 juta pada sebelumnya.

Kossan mengatakan bahawa peningkatan hasil berkenaan adalah dipengaruhi oleh hasil yang lebih tinggi daripada ketiga-tiga bahagian iaitu sarung tangan, produk getah teknikal dan bahagian bilik bersih.

Selain itu, peningkatan keuntungan bersih juga dipacu oleh harga jualan purata sarung tangan yang tinggi serta kadar permintaan yang lebih kukuh terhadap produk tersebut.

Pada 10.00 pagi, melihat kepada sesi dagangan di Bursa Malaysia hari ini, saham Kossan meningkat 3.34% atau 11 sen kepada RM3.40 berbanding RM3.29 semasa ditutup pada Selasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat