Kota Larangan Dibuka, China Tamatkan Kuarantin Pada 8 Januari

150

‘Macam tersepit je Presiden China tu. Tak buat orang marah tapi bila buat pun orang marah.’

Selepas 3 tahun mengharungi detik penutupan, akhirnya Tembok Besar China dibuka semula kepada pelancong untuk melawat tanpa perlu menjalani kuaratin.

Berita baik itu disampaikan Presiden Xi Jinping sendiri tatkala China sedang bergerak untuk menamatkan dasar sifar-Covid sungguhpun terdapat ura-ura mengatakan keadaan masih belum mengizinkan.

Ulas Presiden Xi bahawa bermula 8 Januari 2023 pelancong yang memasuki China tidak perlu menjalani kuarantin dan penarafan jangkitan Covid-19 diturunkan kepada Kategori B daripada Kategori A.

Selain itu, beliau juga menggariskan bahawa perubahan tersebut perlu diselaraskan dengan pegawai kesihatan bagi melakukan apa yang ‘boleh dibuat’ untuk menyelamatkan nyawa.

Umumnya, kerajaan China sudah tidak mengeluarkan statistik jangkitan sejak mengumumkan keputusan untuk melonggarkan dasar sifar-Covid beberapa minggu lalu.

Ia secara tidak langsung mencetus desas-desus mengatakan bahawa kerajaan China sengaja menyembunyikan fakta jangkitan sebenarnya, selepas kejadian demonstrasi oleh penduduk pada bulan lepas.

Malah, Presiden Xi juga berdepan tekanan dalam mentadbir negaranya dengan keperluan untuk memenuhi permintaan rakyat sementara menjaga kesihatan mereka dan memastikan ekonomi mampu berjalan semula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat