Kota Larangan Dibuka! Pelabur Bepusu-Pusu Kembali Meriahkan Ekuiti China

263

‘Covid sudah tiada, pintu gerbang Tembok Besar kini dibuka semula.’

Para pelabur dilihat kembali memasuki pasaran ekuiti China dengan indeks chip biru negara Tembok Besar tersebut mengembalikan keuntungan baru-baru ini.

Antara faktor kemasukan semula pelabur ke pasaran China adalah pelonggaran peraturan perjalanan dan isyarat-isyarat lain mengenai dasar pasca Covid-19 yang diperkenalkan.

Ia secara tidak langsung juga membuatkan pelabur tertawan hati kembali untuk membeli di China selepas ditutup dalam satu tempoh yang agak lama.

Jelas Elizabeth Kwik, pengarah pelaburan ekuiti Asia di abrdn, selera terhadap pasaran China dilihat kembali pada beberapa minggu ini dan ada pelabur yang sudah bersiap sedia menempatkan diri ke dalamnya.

Juga disokong penganalisis Morgan Stanley dengan menyatakan pelabur kini sudah mencerna dasar sifar Covid China dan perkembangan terbaharunya telah membantu membina semula keyakinan pelabur terhadap pertumbuhan ekonomi.

Setakat ini indeks CSI300, caham cip biru Cina, melonjak 20% dari paras terendah April seiring Shanghai Composite yang mengembalikan keuntungan daripada penurunan 10% pada suku pertama.

Selain itu, rekod Refinitiv Eikon setakat Jun pula memperlihatkan pelabur asing membawa sebanyak $11 bilion atau 74.6 bilion Yuan kepada saham China iaitu kemasukan terbesar dalam tahun ini.

Saham gergasi e-dagang Alibaba yang mengalami kejatuhan sepanjang 2020 dan 2021 turut memasuki rali untuk melonjak 60% dari paras terendah Mac.

Dalam pada itu, penganalisis JPMorgan dikatakan menasihatkan pelanggannya untuk menempatkan diri secara langsung dalam pasaran China.

Peralihan daripada nasihat firma kewangan tersebut terdahulu yang mencadangkan pelabur mengekalkan pendedahan tidak langsung melalui komoditi atau pasaran lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat