Kreatif! Everlens Tawarkan Peluang Menjadi Pencipta NFT Hanya Melalui Instagram Je!

831

Selepas Ghozali Ghozalo menjadi jutawan dengan menjual selfie-nya sebagai NFT di OpenSea, anda juga mungkin boleh menyertai komuniti ini melalui aplikasi Instagram saja.

Bagaimana?

Terbaru, Everlens telah melancarkan platform pasaran non-fungible token atau NFT di Binance Smart Chain (BSC) untuk berintegrasi dengan Instagram.

Ini bermakna, seramai 1.4 bilion pengguna Instagram boleh memasarkan koleksi gambar di akaun masing-masing dan dijual sebagai NFT di Everlens.

Bagaimanapun, pengguna Instagram yang berminat perlulah menghubungkan akaun mereka dengan platform Everlens dan mint gambar menjadi NFT sebelum dipasarkan.

Tidak dinafikan ini merupakan langkah yang sangat kreatif – menghubungkan platform media sosial konvensional seperti Instagram kerana penerapan idea NFT akan semakin luas.

Sedia maklum, Instagram sudah tentu salah satu aplikasi kegemaran populasi dunia selain daripada TikTok, Twitter, dan Facebook.

Paling penting, sebelum memulakan pembelian NFT di Everlens, pastikan wallet kripto anda memiliki mata wang kripto ELEN – token natif yang menyokong keseluruhan ekosistem tersebut.

Dijangka Everlens juga akan bekerjasama dengan TikTok, Tumblr, dan Pinterest untuk meluaskan lagi capaian penggunanya.

Everlens juga mendakwa mereka mahu Everlens tersedia di dua blockchain lain: Solana dan Cardano.

Ketika penulisan, ELEN mencatatkan harga dagangan $0.01164 (RM0.049), meningkat 0.54% dalam 24 jam.

Manalah tahu lepas ni ada pembaca Intraday jadi ‘the next Ghozali’ pula (๑˃ᴗ˂)ﻭ

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat