Kreatif & Menarik, Mastercard Nak Buat Kad Debit NFT!

113

Mastercard berkolaborasi bersama platform kripto exchanger Eropah HI Dollar (HI) dalam menjayakan pelancaran kad debit non-fungible token (NFT).

Kad debit NFT tersebut membenarkan pemegang kad menambahkan karya seni pada kad pembayarannya melalui koleksi NFT yang terpilih sahaja.

Difahamkan, HI mewujudkan keahlian istimewa iaitu Gold membership pada kad debit NFT itu, namun pelanggan perlu membuat staking dalam platform HI sekurang-kurangnya 100,000 token HI yang bernilai sekitar $4,600 untuk memasuki membership tersebut.

Kad itu juga membenarkan perbelanjaan dalam mata wang fiat, stablecoin atau mata wang kripto termasuklah faedah seperti kredit hotel, insentif pulangan tunai dan rebat pada langganan Netflix serta Spotify mengikut tahap keahliannya.

Menurut Naib Presiden Kripto Mastercard dan Pengupayaan Fintech Christian Rau, syarikatnya membolehkan pelbagai pilihan pembayaran kepada pelanggan kerana minat pengguna semakin meningkat terhadap NFT serta pasaran kripto yang berkembang pesat.

Sementara itu, rangkaian terhad koleksi NFT akan disokong oleh CryptoPunk, Moonbirds, Goblintown, Bored Ape dan Azuki yang membolehkan pemilik NFT tersebut menjadi ahli Gold.

Oleh demikian, HI perlu meluluskan NFT mereka dengan platformnya untuk menerima kad, namun ia hanya tersedia di 25 European Economic Area (EEA) dan United Kingdom.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat