Kripto Ini Dijangka Bakal Mendaki Tinggi?

85

“Mampukah perkembangan baharu ini pacu MATIC lebih tinggi?”

Mata wang kripto Polygon (MATIC) yang menyaksikan peningkatan sejak awal tahun 2023 masih tidak mampu melepasi paras harga tertingginya pada sebelum ini untuk meraih keuntungan.

Tahun 2022 menjadi saksi kepada pelbagai pembaharuan dan perkembangan MATIC, dan jika kemajuan ini berterusan, ia mungkin bakal memberi kesan positif kepada pergerakan harganya untuk melonjak lebih tinggi.

Ekoran itu dalam perkembangan terbaru, Fractal yang merupakan platform permainan berasaskan web3 kini sedaya upaya mengembangkan perkhidmatannya ke MATIC agar pengguna dapat mengakses kejohanan, pasaran termasuk studio melalui rangkaian itu. 

Setakat penulisan ini, MATIC berlegar pada paras $0.9564 dalam tempoh 24 jam terakhir tetapi harganya dijangka dapat menembusi zon $1.30 berikutan kemajuan baharu tersebut.

Namun begitu, pelabur perlu berhati-hati memandangkan terdapat potensi bahawa kenaikan tersebut hanyalah perangkap semata-mata atau *’bull trap’, menurut data daripada Santiment Insights.

*Aktiviti penjualan oleh whales ketika harga aset semakin meningkat.

Situasi ini dapat dilihat ketika harga Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) serta Litecoin (LTC) meningkat, address yang memegang aset digital tersebut menyusut.

Ini membawa maksud whales menjual aset digital mereka ketika harga sedang mencanak.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat