Kripto Semakin Dapat Tempat, Restoran Ini Terima Bayaran Kripto

645

‘Flexing cara terbaharu adalah dengan beli makanan guna kripto.’

Penyedia pembayaran digital, Flexa mengesahkan bahawa rangkaian makanan segera dari Mexico iaitu Chipotle menerima pembayaran dalam bentuk mata wang kripto.

Perkara ini dinyatakan oleh Flexa menerusi ciapan di Twitter yang menyatakan bemula 1 Jun semua 2,950 restoran Chipotle di Amerika Syarikat (AS) akan menerima pembayaran kripto menerusi aplikasinya.

Terangnya, antara mata wang kripto utama yang disokong untuk pembayaran adalah Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) dan 7 stablecoin lain termasuk USD Coin (USDC).

Sungguhpun begitu, pihak Chipotle masih tidak memberikan sebarang maklumat mengenai perkara ini.

Ini bukan kali pertama Chipotle melibatkan diri ke dalam dunia mata kripto.

Sebelum ini, rangkaian restoran tersebut pernah menganjurkan program yang dipanggil ‘Chiptocurrency‘ bersama bekas Ketua Pegawai Teknologi (CEO) Ripple, Stefan Thomas pada April 2021.

Program tersebut yang diraikan bersempena ‘Hari Kebangsaan Burito‘, menawarkan BTC bernilai $100,000 bersama-sama dengan burito percuma kepada pemain yang berjaya meneka kod.

Ia diinspirasikan oleh pengalaman Thomas yang kehilangan 7,000 BTC kerana terlupa kata laluan bagi dompet kriptonya.

Selain Chipotle, industri makanan segera lain juga dilihat rancak menyertai kehangatan kripto.

Burger King telah menjalin kerjasama dengan platform dagangan Robinhood pada November 2021 dengan memberikan BTC, ETH dan Dogecoin (DOGE) secara percuma dengan setiap pembelian.

Tidak dilupakan McDonald’s yang memfailkan permohonan tanda dagangan restorannya untuk dibawa masuk ke metaverse pada Februari lalu.

Ternyata, walaupun pasaran kripto sedang bearish namun penerimaannya sangat meluas di AS dan diharapkan dapat menjadi medium pembayaran baharu pada masa mendatang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat