Kripto Sepatutnya Perlu Di Kawal Selia Bawah Peraturan Sekuriti?

133

‘Sebelum ini Bos SEC Gary Gensler pun dah pernah cakap benda yang sama.’

Keruntuhan exchanger kripto terbesar dunia, FTX sekali lagi membuka mata banyak pihak untuk keperluan mengenakan kawalan selia terhadap aset digital.

Kini giliran ketua NYSE Intercontinetal Exchange Inc, Jeffrey Sprecher pula menyuarakan perkara yang sama dengan mencadangkan aset kripto di kawal perundangan sekuriti sedia ada.

Ulas beliau semasa persidangan kewangan Goldman Sachs Group bahawa kripto perlu di kawal selia serta diuruskan seperti sekuriti, dan ia juga boleh membuka peluang kepada bursa saham untuk beralih ke perdagangan token.

Tambah Sprecher lagi bahawa tiada keperluan perundangan baru untuk mengawal selia dagangan kripto kerana undang-undang sedia ada sudah lebih daripada cukup untuk menjamin keperluan aset digital itu.

Peraturan sekuriti semasa jika diguna pakai akan memberi lebih keterjelasan bukan sahaja kepada aliran pasaran kripto malah dana pelaburan pelanggan dengan broker pula berperanan menyelia dan exchanger akan dipisahkan daripada broker.

Sempat juga Sprecher berseloroh dengan mengatakan Intercontinetal Exhange Inc kebetulan sedang menguruskan bursa sekuriti dan mengalu-alukan peluang untuk beralih ke perdagangan token.

Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (SEC) iaitu Gary Gensler pernah berusaha mengenakan kawalan selia terhadap token kripto supaya ia dianggap sebahagian daripada sekuriti.

Ia juga merupakan satu usaha berterusan yang masih dijalankan bagi mengelak terjadinya kembali kejadian keruntuhan token Terra (LUNA) dan terbaru ini iaitu FTX.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat