Kripto UNI Melonjak Lepas Uniswap Labs Umum Dana Meningkat $165 Juta!

169

Uniswap Labs, syarikat induk exchanger kripto terdesentralisasi Uniswap membuat pengumpulan $165 juta dalam pusingan pembiayaan Siri B* dengan penilaian $1.66 bilion.

*Pusingan kedua pembiayaan untuk syarikat yang telah mencapai pencapaian tertentu dan melepasi peringkat permulaan

Difahamkan, pembiayaan Siri B akan diturut serta oleh pelabur kripto a16z, Paradigm, SV Angel dan Variant yang diketuai Polychain Capital.

Hal ini berikutan kerana bukan sahaja Polychain Capital tertarik untuk memasuki pusingan pengumpulan dana Uniswap Labs, malah Singapura turut menunjukkan minat yang serupa susulan syarikat Uniswap berhasrat mengembangkan pasaran Web3, DeFi dan non-fungible token (NFT).

Perkembangan itu dapat membenarkan pengguna mendapat perkhidmatan yang lebih mudah dan selamat.

Syarikat pelaburan a16z dan Paradigm dikatakan telah mengetuai pusingan pembiayaan Siri A susulan ia menunjukkan kepercayaan sepenuhnya terhadap protokol Uniswap sungguhpun pasaran kripto mengalami kejatuhan teruk.

Kewujudan protokol Uniswap dikatakan telah membuatkannya mempunyai jumlah dagangan $1.2 trilion dengan had pasaran $5 bilion ekoran menyokong desentralisasi, keselamatan dan nilai akses pada rangkaian Ethereum (ETH).

Manakala Yayasan Uniswap bakal meluluskan $60 juta geran kepada projek komuniti agar dapat berfungsi untuk pertumbuhan ekosistem Uniswap terdesentralisasi.

Kini harga UNI mendaki dari paras harga $5.30 sehingga ke paras $6.50 selepas Uniswap mengumumkan pengumpulan $165 juta dalam pusingan pembiayaan Siri B.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat