Krisis Brexit Hampir Selesai? GBP/USD Kembali Mendaki Tangga Demi Tangga

366

Langkah UK yang merencana untuk menyelesaikan masalah yang timbul akibat krisis perairan pada sebelum ini tampaknya telah mewarnai isu Brexit dalam menerima semula sinar harapan untuk pulih.

Hal tersebut terus merealisasikan sokongan kepada matawang Pound untuk sedikit mengukuh setelah turut disokong oleh jangkaan bahawa kadar inflasi UK mungkin akan mencatatkan bacaan yang kukuh.

Namun pelabur turut tidak mengambil endah terhadap matawang USD yang di saat ini diterajui oleh sentimen hawkish Federal Reserve (Fed) yang ingin melakukan pengetatan dasar polisi dengan segera.

Carta pasangan matawang GBP/USD tampaknya menterjemahkan pergerakan harga yang lebih rancak pada awal minggu pasaran setelah harga dilihat mempamer gerakan volatile pada sesi dagangan Isnin.

Yakni yang mana harga nampaknya mempamer sedikit kenaikan di awal sesi Eropah semalam dengan lonjakan melebihi 60 pips sebelum kembali menyusut pada pembukaan sesi New York kemudiannya.

Namun pada akhirnya pergerakan harga dilihat telah menutup dagangan dengan membentuk candle bullish dan kekal bergerak di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam.

Langkah terbabit secara tidak langsung bakal diambil kira sebagai isyarat awal yang boleh menyokong harga dalam membuat perubahan trend yang mungkin akan berupaya mengatasi trendline resistance.

Sekiranya perkara itu terjadi ia sama sekali akan mengukuhkan jangkaan pelabur untuk harga kembali menguji semula zon SBR (support become resistance) 1.33000 sebelum terus mendaki uji zon 1.34000.

Berbeza pula sebaliknya jikalau harga pada carta GBP/USD terus memperoleh tekanan, zon sokongan paling kukuh pada 1.32000 sudah tentunya akan menjadi sasaran awal untuk dicecah terlebih dahulu.

Penurunan berkenaan serba sedikit bakal mendorong pergerakan harga kembali menjejaki ke paras terendah yang dicipta minggu lalu sekitar 1.31940 dan dijangka paras terendah terbaharu akan terjadi.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat