Krisis Hutang Evergrande Turut Hantui Pasaran Bursa Tempatan

1,095

Kegusaran terhadap isu firma hartanah gergasi China, Evergrande terus menghantui para pelabur dan menimbulkan tanda tanya sama ada ia mampu melunaskan pembayaran ataupun tidak.

Impak Evergrande itu secara tidak langsung telah membadai hampir keseluruhan pasaran global termasuk pasaran ekuiti Asia, namun impak terhadap pasaran saham Malaysia dijangka sedikit terhad.

AmInvestment Bank berkata risiko terhadap pasaran ekuiti Asia dilihat terhad melainkan jika kerajaan China membenarkan Evergrande tidak melakukan sebarang tindakan susulan untuk mengawal keadaan.

“Namun ia adalah situasi yang tidak akan berlaku sama sekali kerana sudah semestinya Beijing bakal berusaha untuk menyelesaikan masalah itu agar dapat memberi kestabilan kepada rakyat,” tambahnya.

Evergrande yang disenaraikan dalam bursa itu kini menghadapi liabiliti sehingga melebihi 485 bilion yuan ($300 bilion) ekoran pinjaman pembiayaan.

Menurut bank pelaburan itu, dua syarikat harta tanah yang terkait dengan pasaran harta tanah republic tersebut adalah IOI Properties Group Bhd dan juga Sunway Bhd.

Yang mana IOI Properties mempunyai perkembangan di Xiamen manakala Sunway Bhd memilik perkembangan di Tianjin.

Setelah melaksanakan penilaian, AmInvestment Bank meletakkan sasaran FBM KLCI bagi akhir tahun 2021 menjadi 1,643 mata berbanding yang sebelum ini pada paras 1,695 mata.

Menerusi kebimbangan ini juga ia terus mengheret harga saham Evergrande untuk merosot 10% pada semalam kepada HK $2.28 sekali gus mencapai paras terendah lebih dari 11 tahun.

Manakala dari tahun sehingga kini (YTD), stok itu telah mengalami penyusutan sebanyak 85% daripada paras HK $14.90 yang telah dicapai pada awal 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat