Krisis Brexit Kembali Tegang – UK Tegas Tidak Mahu Ubah Pendirian Terhadap Isu Perikanan!

358

Britain telah meninggalkan Kesatuan Eropah pada Januari yang lalu dan kedua-dua pihak sedang berusaha untuk mencapai kesepakatan dalam perdagangan sebelum 31 Disember.

Sejak minggu lalu, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menjalankan rundingan setiap hari termasuk hari minggu sehinggalah akhir minggu ini dan akan menetapkan agenda bagi mempergiatkan lagi perbincangan untuk minggu-minggu akan datang.

Setelah beberapa kemajuan dalam jaminan persaingan termasuk peraturan bantuan negara, masalah paling sukar untuk diatasi adalah isu perikanan. Boris Johnson masih berpendirian bahawa UK harus memegang hak ke atas perairan, sementara EU menginginkan akses ke perairan penangkapan ikan.

Laporan hari ini melaporkan bahawa Menteri Micahel Gove menyatakan hal yang sama seperti penekanan Boris Johnson. Menurut beliau dalam surat  yang dikirimkan kepada seorang menteri menyatakan bahawa UK tidak akan mundur dari tuntutannya kepada Kesatuan Eropah mengenai isu perikanan.

Pandangan yang dipegang oleh pentadbiran UK adalah UK mesti menjadi negara persisir yang bebas yang tidak terikat dengan polisi perikanan bersama.

Sebelum ini, jurucakap Boris Johnson menyatakan bahawa masa yang berbaki adalah sangat singkat dan pihak UK telah berulang kali menjelaskan bahawa setiap perjanjian perlu dibuat sebelum tarikh akhir tempoh peralihan. Jika kesepakatan tidak dapat dicapai, maka UK akan meninggalkan EU berdasarkan terma syarat Australia.

Matawang pound sterling menyusut hampir 0.50% kepada paras tukaran 1.2982 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat