Krisis Politik UK Yang Berlarutan Boleh Dorong GBP/USD Susut Lebih Parah

212

Selepas pengukuhan tercetus pada Selasa lalu, mata wang US dolar terus menguat berbanding mata wang utama yang lain termasuk Pound yang terus dihentak lemah ke paras yang lebih rendah pada dagangan Rabu semalam.

Terbitan data PMI perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) tinjauan ISM catatkan angka lebih baik berbanding jangkaan untuk menyusut namun bacaan tersebut sedikit rendah berbanding bulan sebelumnya.

Tumpuan yang terarah pada laporan minit mesyuarat FOMC awal pagi tadi dilihat memberi gambaran kenaikan sekitar 50 atau 75 mata asas oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat FOMC seterusnya di penghujung Julai ini untuk membendung inflasi di AS meningkat lebih tinggi.

Perkembangan di UK, krisis politik semakin berada di tahap kritikal dengan laporan seramai 40 orang pegawai dikatakan telah meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Boris Johnson.

Setelah peletakan jawatan oleh Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Setiausaha Kesihatan, Sajid Javid, ramai lagi pegawai penting dilaporkan mengikuti jejak langkah tersebut yang mendesak PM Boris untuk berundur, namun beliau tetap berkeras.

Selain itu juga, kebanyakan ahli-ahli penting dalam parti Konservatif di bawah pimpinan Boris Johnson turut dilaporkan meninggalkan parti tersebut.

Meneliti carta pasangan mata wang GBP/USD, penurunan harga pada dagangan Rabu semalam lebih perlahan berbanding terjunan pada hari sebelumnya.

Harga walau bagaimanapun telah mencatatkan paras terendah terbaru lagi mencecah sekitar 1.18800, sedikit rendah berbanding paras terendah harian yang dicatatkan pada Selasa.

Gagal mengekalkan momentum penurunan di sesi New York, harga sedikit meningkat semula ke paras 1.19400 di penghujung sesi dan bersambung pada dagangan sesi Asia pagi Khamis ini, paras tersebut sedang cuba dilepasi.

Kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan bakal berdepan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang akan memberi isyarat untuk pergerakan selanjutnya harga.

Seterusnya, zon SBR (support become resistance) 1.2000 pula akan menjadi rintangan buat harga pada corak kenaikan yang diteruskan sebelum jangkaan untuk harga ke paras lebih tinggi jika melepasi zon tersebut.

Sebaliknya, penyusutan yang lebih rendah bakal dijangkakan untuk harga melepasi paras 1.18800 yang dicecah semalam dan mencatatkan paras terendah terbaru 2 tahun lagi berdasarkan kecenderungan pergerakan menurun harga pada penilaian penganalisis.

Untuk penurunan lebih rendah, zon 1.18000 bakal menjadi sasaran seterusnya untuk catatan paras terendah harga sejak dagangan Mac 2020.

Pelabur bakal berwaspada dengan risiko pergerakan yang tidak menentu harga di penghujung minggu menjelang laporan data pekerjaan NFP AS yang menjadi tumpuan utama pasaran sebelum dagangan minggu ini melabuhkan tirainya.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat