Kumpulan G7 Desak Lakukan Reformasi Demi Kepentingan Bersama!

345

Menteri kewangan G7 pada hari Jumaat melaporkan bahawa pihak mereka menyokong untuk memperpanjangkan inisiatif pelepasan hutang dua hala G20 untuk negara-negara berpendapatan rendah di dunia. Walaubagaimanapun, pihak G7 menegaskan bahawa perlaksnaannya harus disemak mula agar langkah ini lebih efektif.

Dalam pernyataan bersama, para menteri dari kumpulan ekonomi tujuh atau dikenali dengan singkatan G7 menzahirkan rasa sesal dengan tindakan oleh beberapa negara yang tidak mahu ikut terlibat dengan mengklasifikasikan institusi milik negara mereka sebagai pemberi pinjaman komersial.

Para menteri juga mengakui bahawa beberapa negara akan memerlukan pelepasan hutang selanjutnya dan mendesak G20 ekonomi utama dan pemiutang Paris Club untuk bersetuju dengan syarat-syarat yang dikemukakan menjelang pertemuan menteri kewangan G20 pada bulan hadapan.

Sebelum ini, Kesatuan Eropah mengesa agar agenda G-20 menumpukan pada penyelesaian krisis Covid-19 dan menyeru agar kuasa global untuk menjalinkan kerjasama yang lebih baik bagi menangani krisis ekonomi Covid-19.

Penangguhan hutang ini adalah sangat diperlukan oleh negara-negara yang memerlukan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat