Kurang Minat Belian, Dagangan Ringgit Lemah

157

Ringgit diniagakan lebih rendah berbanding dolar AS pagi ini susulan penyusutan minat belian dalam pasaran.

Unit tempatan menyusut kepada 4.1720/1770 berbanding dolar AS daripada 4.1680/1720. Secara keseluruhannya, mata wang ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0315/0365 daripada 3.0297/0337 dan juga rendah berbanding yen Jepun kepada 3.8716/8773 daripada 3.8589/8637. Selain itu, unit tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.2062/2141 daripada 5.2196/2254 dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.5971/6031 daripada 4.6040/6101.

Memetik kepada laporan Bernama yang melaporkan kenyataan seorang peniaga mengenai tumpuan sentimen pasaran kewangan yang terarah kepada risiko geopolitik diramal akan mengekalkan permintaan terhadap dolar AS dalam tempoh jangka pendek.

Dolar AS mengukuh hari ini dengan selera risiko pasaran seimbang selepas perbincangan antara wakil dari Amerika Syarikat (AS) dan China di ibu negara AS digambarkan sebagai ‘produktif’, menurut Reuters.

Bank pusat China (PBOC) diunjurkan akan menetapkan mata wang yuan pada 7.0828 berbanding dolar AS menurut ramalan Reuters selepas menurunkan kadar pinjaman utama selama satu tahun pada hari Jumaat lalu.

Sehubungan itu, ringgit dijangka lemah minggu ini menjejaki kelemahan yuan yang akan memberi kesan kepada mata wang Asia serta dipengaruhi oleh faktor luaran lain seperti ekonomi China yang perlahan kesan daripada perang perdagangan dengan AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat