Kuroda Kekal Menyokong Polisi Semasa Monetari Bank of Japan

61

Pada hari Isnin, gabenor Bank of Japan (BOJ) Haruhiko Kuroda membuat kenyataan bahawa eknomi Jepun sedang bertumbuh pada landasan yang betul dan berkemungkinan sasaran inflasi pada kadar 2% dapat dicapai. Hal ini memperkukuhkan lagi jangkaan pasaran bahawa tidak akan ada lagi rangsangan tambahan dalam masa terdekat.

Menurut Kuroda, perkembangan ekonomi terkini tidak bergantung pada faktor-faktor yang spesifik, tetapi didukung oleh pelbagai faktor. Bank pusat melihat perkembangan ini akan berterusan.

Lanjut beliau, BOJ sedar dengan risiko polisi kadar faedah yang rendah dan akan menelitinya. Jika terus berlanjutan, ia akan memberi kesan pada keuntungan institusi kewangan. Namun menurut Kuroda risiko seperti ini tidak serius kerana institusi kewangan masih memiliki pinjaman yang mencukupi.

Kuroda juga menekankan bahawa pembelian bon yang banyak akan menghasilkan naik-turun (volatility) yang sangat rendah dalam pasaran aset kewangan Jepun dan akan menyebabkan pasaran bertambah buruk. Bank pusat akan berhati-hati dengan perkara ini.

Faktor-faktor seperti polisi kos pinjaman yang menghampiri 0% dan pengukuhan dan pemulihan daripada beberapa sektor ekonomi sudah memadai untuk mencapai sasaran inflasi 2%.

Namun menurut Goushi Kataoka, lebih banyak rangsangan diperlukan bagi mencapai inflasi 2%. 9 orang daripada 10 orang ahli lembaga berpendapat bahawa polisi BOJ sekarang sudah memadai bagi mencapai sasaran inflasi.

Berdasarkan polisi tahun lalu yang diguna pakai, BOJ sekarang menetapkan kadar faedah jangka masa pendek pada kadar -0.1% dan ‘hasil bon kerajaan 10 tahun’ di sekitar 0%.

Menurut Kuroda, ” Buat masa ini, saya tidak melihat perlunya sebarang perubahan.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat