Kuroda Ungkap Petunjuk Mengenai Tindakan Lanjutan Yang Akan Dilakukan Oleh BOJ!

326

Gabenor Bank Pusat Jepun, Haruhiko Kuroda telah mengeluarkan kenyataan pada hari Khamis bahawa bank pusat akan melonggarkan polisi tanpa ragu-ragu jika momentum ekonomi dalam mencapai matlamat inflasi iaitu pada 2% tidak dapat dicapai. Hal ini menunjukkan indikasi bahawa BoJ bersedia untuk meningkatkan rangsangan monetarinya jika diperlukan.

Dalam ucapan mensyuarat tahunan di Jepun, Kuroda turut berkongsi pandangan yang lebih positif mengenai prospek ekonomi global yang semakin baik sehingga pemain pasaran berpandangan BOJ tidak akan tergesa-gesa mengubah polisi yang diterapkan pada ketika ini.

Kata Kuroda, pada ketika ini BOJ masih berhati-hati dalam meneliiti pelbagai potensi risiko bakal muncul namun BOJ tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah pelonggaran tambahan jika terdapat kemungkinan yang besar dalam mencapai matlamat inflasi semakin tipis.

Kuroda membuat kenyataan itu seminggu selepas bank pusat mengekalkan sasaran faedah jangka pendek yang ditetapkan pada -0.1% dan hasil bon 10 tahun sekitar 0%. Dijangka ekonomi Jepun akan terus bertumbuh dengan sederhana.

Kestabilan dalam pasaran kewangan dan tanda-tanda yang mengekang perkembangan ekonomi global semakin berkurangan dan hal ini telah meningkatkan pandangan pasaran bahawa bank pusat akan mengelak daripada melakukan perubahan dasar buat masa ini.

Kata Kuroda, ketidaktentuan ekonomi global, termasuk perkembangan dalam rundingan perdagangan A.S.-China, telah semakin merosot.

Jepun yang merupakan antara negara berekonomi besar itu telah mencatat pertumbuhan sebanyak 1.8% setahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat