Kushner Dakwa Ada Pihak Politikkan Covid-19, Tapi Bukan Trump

166

Penasihat kanan dan juga menantu lelaki kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump iaitu Jared Kushner mempertahankan strategi pentadbiran Trump dalam menangani pandemik Covid0-19 selain mendakwa wujud pihak cuba ‘bermain politik’ dengan menggunakan alasan Covid-19.

Lapor CNBC, Kushner mendakwa Trump tidak bermain politik dan Trump melakukan segala yang termampu untuk membantu mereka yang terjejas.

Tambah Kushner, Covid-19 adalah pandemik global yang berpunca dari China tetapi Trump telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dalam mengekang virus berkenaan.

Kushner ketika ditanya oleh wartawan CNBC, Hadley Gamble mengenai adakah AS tidak mempunyai sebarang program untuk melawan virus, beliau menjawab kerajaan memantau perolehan, pengeluaran dan pengedaran barang-barang keperluan seperti pelitup muka dan ventilator ketika pandemik.

Kushner turut mengecam dakwaan kebanyakan pihak yang menuduh kerajaan AS tidak menyediakan bekalan perubatan dan kesihatan mencukupi.

Dakwa Kushner, setiap pesakit Covid-19 mendapat ventilator dan Trump tidak pernah mengabaikan salah seorang daripadanya.

Februari lalu, Trump mendakwa parti Demokrat cuba ‘mempolitikkan Covid-19’ dan menggunakannya isu itu sebagai ‘senjata’ untuk merosakkan reputasinya.

Kerajaan AS dikritik kerana gagal menangani Covid-19 dengan baik, apabila mencatatkan 5.4 juta kes positif dan lebih 170,000 kematian.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat