Kuwait Antara Negara yang Menyatakan Sokongan Terhadap Perjanjian Pembekuan Bekalan!

54

Harga minyak mencatat keuntungan terbesar sejak tahun 2009 apabila Kuwait mengisyaratkan pemotongan bekalan untuk menstabilkan semula pasaran.

Minyak mentah niaga hadapan meningkat sebanyak 0.9 peratus selepas meningkat 45 peratus tahun lepas. Akhbar Al-Anba melaporkan bahawa Kuwait yang juga ahli OPEC telah mengurangkan pengeluaran sebanyak 130,000 tong sehari kepada kira-kira 2.75 juta tong sehari.

OPEC dan pengeluar utama minyak mentah kali pertama mencapai persetujuan untuk membekukan bekalan bermula 1 januari bagi mengurangkan inventori logam hitam.

Kata salah seorang penganalisis komoditi yang berpangkalan di Seoul iaitu Hong Sung Ki, negara-negara seperti Kuwait yang rapat dengan Arab Saudi dijangka akan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan perjanjian tersebut. Namun, negara yang lebih menjadi tumpuan pasaran ialah negara-negara seperti Iraq dan Russia kerana mereka mempunyai pengaruh besar dalam pasaran ini. Kenaikan jumlah pelantar minyak di Amerika Syarikat juga boleh menjadi faktor penghalang agar komoditi itu terus didagang tinggi apabila telah mencapai paras $60 setong.

Dalam masa yang sama, WTI mentah turut didagang meningkat sebanyak 48 sen.

Negara-negara OPEC dan non-OPEC termasuk Russia dan Mexico sebelum ini telah bersetuju untuk mengurangkan jumlah pengeluaran sebanyak kira-kira 1.8 juta tong sehari.

Menurut ketua penganalisis pasaran di CMC Markets iaitu Ric Spooner, jika pemotongan bekalan ini dilaksanakan secara berterusan, ia akan memberi tindak balas positif terhadap pasaran.

“Low Cost Tidak Bermakna Low Quality” : Tony Fernandes

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat