KWSP: Permohonan Pengeluaran I-Citra Dibuka Mulai 12 Julai

425

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan berikutan pengumuman pakej rangsangan ekonomi PEMULIH oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun, sebagai langkah pelepasan sementara untuk membantu anggota KWSP mengatasi kesan ekonomi dari Covid-19.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengatakan setiap anggota yang berumur di bawah 55 tahun sudah boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra mulai hari ini 12 Julai, tiga hari lebih awal daripada yang telah dijadualkan sebelum ini.

Di dalam satu kenyataan rasmi KWSP berkata: “Anggota mesti memastikan bahawa nombor telefon bimbit mereka sesuai dengan yang ada dalam rekod KWSP untuk menerima kata laluan sekali pakai (OTP), selain memiliki akaun bank yang aktif untuk menerima pembayaran.”

Ahli yang layak dibenarkan untuk membuat pengeluaran wang maksimum RM5,000 dan tertakluk kepada jumlah baki gabungan dalam kedua-dua Akaun 1 dan 2.

Meneliti kepada aspek tersebut, KWSP mengatakan setiap jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan, dengan pembayaran bulanan tetap RM1,000, tertakluk kepada baki simpanan dan minimum RM50.

Permohonan pengeluaran boleh dibuat melalui laman portal rasmi KWSP dan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula pada bulan Ogos.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat